
13 Ogos – Mahu bergaya di hari raya namun tidak tahu aksesori apa yang mahu dijadikan pelengkap kepada gaya di pagi Raya anda, terdapat beberapa aksesori yang disenarai pendekkan sebagai pelengkap kepada tema gaya nanti.
Tidak kira lelaki mahupun wanita, setiap pakaian harus digayakan mengikut kesesuaian , apa salahnya di Hari Raya yang anda bergaya sakan. Tidak salah bukan! Setahun sekali bak kata pepatah dahulu.

Bagi lelaki yang mahu tampil segak bergaya ketika pergi menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri, mengenakan sepasang butang baju melayu atau cekak musang sudah memadai ditambah dengan padanan kain sampin dan juga songkok sudah menjadi pelengkap untuk anda pergi ke masjid dan berkunjung ke rumah sanak saudara. Bukan selalu dapat bergaya seperti itu, gunakan peluang sebaiknya.
Bagi wanita pula, jangan padankan baju kurung dengan beg tangan yang besar . Cukuplah memilih baju kurung yang sopan dan juga seutas beg tangan yang boleh dibawa dengan tangan (Clutch). Gaya anda sudah mencukupi!

Jika anda gemarkan tona warna senada, pilih Clutch dan kasut dengan nada warna yang sama. Pasti memberikan keyakinan kepada si pemakai.
Selain beg dompet dan beg tangan, si wanita boleh gayakan dengan seutas rantai dan gelang di pagi Hari Raya, jangan berlebih pula, pilihlah corak yang relevan dan tidak berlebih.
Antara aksesori yang dikira wajib jika anda menggayakan baju dari material kain songket, pastikan anda mempunyai rantai kerongsang bertingkat sebagai penyeri. Satu sahaja aksesori sudah memadai.
Bagi si pemakai tudung pula, kerongsang tudung dan juga tudung pasti memberikan kelebihan kepada anda. Pilih tona tudung yang berlainan warnanya dari baju , pasti menaikkan seri wajah anda di pagi Raya nanti!



